Jumat, 23 Agustus 2013

wali



TAUHIDATUL WUJUDIAH

Mengenal Diri Mengenal Allah

Wali Dan Zikir

Pernah datang seorang hamba Allah menziarahi seorang wali.  Wali bererti seorang yang mempunyai “kehidupan yang bernyawa.”  Seseorang itu tidak mungkin menjadi wali melainkan dia mencapai kehidupan yang penuh dengan cahaya.  Sekiranya hati seseorang itu “mati,” maka dia tidak boleh menjadi wali, kerana di dalam hati yang tidak bermaya tidak adanya zikirullah.  Hati memperolehi hayatnya daripada zikirullah, zikirullah tersebutlah yang membuat hati itu menyebut “Allah.”  Hati tersebut sentiasa hidup.  Apabila hati itu telah disesuaikan untuk berzikir, mustahil baginya untuk berhenti.  Hati tersebut berfungsi untuk menyebut “Allah” dan penjelmaannya melalui terikan “Allah.”  Getaran nada “Allah” di dalam hati akan menyalurkan darah ke setiap urat dan rekah.  Oleh demikian, sesiapa hatinya berzikir dengan kalimat “Allah,” seluruh badannya berfungsi menyembut “Allah … Allah … Allah.”  Apabila dia meninggal dan jasadnya di semadikan di dalam kubur, tiada perubahan akan berlaku kepadanya.  Hatinya terus akan berzikir dengan kalimat “Allah … Allah … Allah” sehinggalah ke hari Qiamat.  Dan apabila jasadnya di perintah untuk bangun semula, dia akan bangun sambil berzikir “Allah … Allah … Allah.”  Nur zikirullah akan memancar dari setiap pelusuk badan dan rambutnya.  Dia akan kelihatan seperti cahaya matahari, bulan dan bintang di Padang Masyar.
 
Apa yang telah kalian lakukan untuk kehidupanmu? Apa yang kalian tunggu lagi? O mukmin!  O orang Islam!  masa berlalu dan dunia ini sedang meninggalkan kita dan akhirat sedang menunggu.  Dari masa kita dilahirkan, kita sebenarnya meninggalkan dunia dan bergerak menuju ke akhirat – hari yang dinanti-nantikan itu pasti akan datang.  Kita harus lihat apakah zikir yang ada di dalam hati kita.  Adalah sangat penting untuk kita mengingati Allah, kerana Dia telah berfirman, “ O hambaKu, ingatkan Aku; apabila kamu mengingatiKu, Aku mengingati mu.  O hambuKu, berzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan membawa zikirmu ke Kehadiran Ilahi.”
Kita perlu berzikir dan bersama-sama dengan ahli zakirin.  Kepinginan kita haruslah untuk hidup sebagai seorang zakirin.  Asyikan dengan berzikir dan perkenalkan diri sebagai zakirin.  Hiduplah di dalam zat zikirullah.  Kekuatan dan kuasa kita bukannya datang daripada makanan dan minuman,  Kekuatan seperti itu adalah untuk tahap haiwan.  Manusia mesti mengambil kuasa dan tenaga daripada zikirullah.  Kita boleh memperolehi kekuatan dan tenaga untuk jasmani kita daripada makanan dan minuman, tetapi manusia sebagai bakal untuk menjadi khalifah Allah perlu mengambil tenaga dan kuasa daripada zikirullah.
Kehausan dan kelaparan kita haruslah zikirullah.  Apabila hati kita telah dialehkan hanya untuk Allah, maka Allah akan menganugerahkan kita dengan keyakinan, keamanan dan kegembiraan.  Kehidupan kita akan menjadi seronok dan kematian kita juga akan menyeronokan.  Pada hari terakhir itu kelak, kita akan bersama-sama orang yang gembira, mulia dan bercahaya.  Amalkanlah zikirullah sehingga akhir hayat.
Cukuplah dahulu buat kali ini.  Kita telah melayani selera kita dengan makanan yang lazat, dan kita telah mengisikan keperluan roh kita dengan sohbet ini.  Moga-moga Allah menganugerahkan kepada kita pemahaman yang betul dan sentiasa berzikir dan juga memberi rasa sebenarnya zat Zikirullah.
Rasa zikirullah – kalian tidak akan dapat mencarinya melalui rasa kebendaan.  Rasa kebendaan akan menurun, setiap kali akan menjadi kurang.  Tetapi rasa kerohanian sentiasa akan meningkat menjadi lebih lazat.  Oleh demikian, para anbiya dan awliya telah merasa kelazatan zikirullah dan ini membuat mereka dahaga untuk pergi ke Kehadiran Ilahi.  Orang biasa takut kepada kematian.  Mereka takut kepada para anbiya dan awliya yang sedang berlumba untuk menuju ke Kehadiran Ilahi.  Moga-moga Allah mengampuni kita.
Astagfirullah, Alhamdulillah, Syukurlillah.
Wa min Allah-hi Taufiq

ZIKRULLAH
Muaz bin Jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."
Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir."
Hafiz-ibnu-Hajar rah.a menulis dalam kitabnya 'Al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya: " Ya ALLAH, hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau. Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung. Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku). Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah).”
Zikir Membersihkan Hati
Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."
Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati.Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.
FAEDAH-FAEDAH ZIKIR
20 faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.
1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.
3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba yang pilihan.
4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.
5. Melepaskan diri dari azab.
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.
7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.
9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.
10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.
12. Melepaskan diri dari penyesalan.
13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.
14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.
15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir , walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.
16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.
17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.
18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.
19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.
20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar